Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Saturday, December 31, 2016

Roadtrip di New Zealand South Island


NEW ZEALAND
Sebelum ni ada je kawan yang mengajak ke sana, tapi entah, banyak pula alasan. Kalau tak kerana pyah naamat, memang sampai ke sudah aku tak pergi. Tapi waktu tu just ada kitorang berdua. Nak roadtrip apanya berdua. Pujuk punya pujuk cik nadiah, akur juga akhirnya. Maka jadilah trip #tigagadismanis di bumi indah New Zealand. Lebih kurang sebulan sebelum berangkat, dapat satu berita gempar. Pyah pregnant! Omo.. Nak cancel memang idok le tiket apa semu da beli. So pandai2 behave lah ibu mengandung.

30/11/2016
Kami book flight Virgin (return) for AUD 284/person. Sampai Christchurch Airport pukul 12.10 malam. Berlingkar atas lantai nak tunggu pagi. Tiba-tiba security datang bagitau yang kitorang hanya dibenarkan duduk atas kerusi sahaja. Ugh.. my back! Pukul 7.45 pagi pick up kereta kat Apex. Toyota Corolla ntuk tiga orang, memang lebih dari selesa. Aku tak sign untuk jadi pemandu, and kalau aku drive jugak, apa2 jadi memang insurance tak tanggung.  Makanya aku memang tak drive lansung sepanjang trip ni. Kerja aku jadi tukang tengok map saja.



1/12/2016
Destinasi pertama was Lake Tekapo. Sangat uh-meyhh-zingg! Tasik biru dihiasi bunga lupins berwarna-warni berlatar belakangkan gunung bersalji. Memang tak puas mata memandang.






Then ke Mount John Observatory. Waktu dah panas terik. nak buat apa pun serba tak kena :3



Petangnya terus menuju ke accom, High Country Lodge, Motels & Backpackers, Twizel. Dah letak barang and solat apa semua, keluar la jalan-jalan tengok keadaan sekeliling. Jumpa Twizzle river. Ada satu kawasan landai penuh dengan bunga warna kuning. Rasa macam janam janam. hahah. Sekeliling river ni pun penuh dengan lupins. Sebenarnya tepi jalan pun banyak bunga ni. Aku suka tona warna dia. Purple, pink, peach. Aku ada petik satu, nak simpan bawak balik untuk kenangan kononya. Tapi cuak pulak takut2 ada benda mengikut, so buang balik (nenek nenek sangat). Lagipun bila dah kering bukannya ada warna. I redha.



2/12/2016
Dari accom gerak ke Mount Cook and cari Hooker Valley Walk. Dah jumpa, jalan sampai lah jumpa Hooker Glacier. Katanya kalau winter and salji tebal memang tak lepas ke situ. Jauh weh tak tipu. Tapi berbaloi sangat sebab view mashaallah! Kau nampak je akak pakai baju bulu and gunung bersalji kan, tapi dah separuh jalan memang takde makna nak berbulu segala. Panas!

Petangnya terus gerak ke Queenstown and tidur di YHA Queenstown Central.








3/12/2016
Aim hari ni adalah ke Skyline Gondola. Memang dekat sangat dengan accom so jalan kaki je. Dekat bawah beli tiket and kat situ dia ada display harga package gondola and luge. Akak ambik package gondola with 3 kali luge.

Dah naik gondola ke atas, dapatlah nengok view bandar Queenstown.Indah. Then, bersedia untuk luge!


Nak pergi ke tempat luge kena naik chair lift. Luge ni sejenis kereta takde enjin. So nak kasi bergerak kena la start dari atak bukit ye dak. Kesian ibu mengandung tak merasa naik luge, so bagi la dia peluang naik chairlift. Dah sampai atas oramg turun naik luge dia turun jalan kaki. Hahah! Ok la . Boleh ambilkan gambar aku. Kat sini memang takde attraction lain selain luge, Ada lah bungee jumping tapi macam tak berapa menarik.

Petangnya pula kami ke syurga. yasss.. Berdoa lah kejap moga berkat.

Memang macam syurga. Aku suka binatang-binatang kat sini. Semua sihat-sihat. Yang biadap pun ada juga. Ada satu ekor lembu tu apak besar. Berenti lah nak ambil gambar dengan beliau. Elok aku datang dia bangun then berak. Sungguh biadap.







Ha ni la lembu yang biadap tu. Sembelih buat sup gearbox baru tahu. Dah puas berjalan di taman syurga, pulang ke accom yang sama.


4/12/2016
Dari Queenstown menuju ke fiorland National Park, Te Anau. Bertolak dalam pukul 10 lebih and sampai nak dekat tengahari. Panas tak kelakar. Makcik dekat information center kata jalan dari tempat parking kereta sampai jumpa gate. Jauh weh jauh. Bila da sampai kat gate tu baru tahu rupanya ada walk yang start dari situ, terus masuk celahan hutan which is lebih teduh. Tapi tak teruskanlah, tak mampu.Just berenti sekejap je tepi lake. Dorang berdua bantai tido tengah2 panas. I is kenot brain.








Nak balik menempuh lagi jalan yang sama. Waktu tu memang berharap sangat ada helikopter tumpangkan ke kereta. Penat dia rasa macam nak mengamuk. Dari situ gerak terus ke accom kat Fiordland National Park Lodge. Tenang sangat tempat ni, sambil basuh pinggan boleh tengok tasik. Petangnya sempat jalan kaki ke Lake Mistletoe. Biasa sahaja tiada yang menarik. Tempat ni memang in the middle of nowhere. So, xde line. Malam kepishangan, tidur awal. 



"Anak kau lapar nasik ni pyah"



5/12/2016
Gerak ke Milford Sound, tujuan utama nak naik cruise.  Tak sure excited ke tak sebab sedar diri ni mabuk laut. Tapi rugi lah kalau lepaskan peluang. Mabuk tak mabuk ku gagahi jua. Dari Te Anau ke Milford Sound, memang banyak tempat untuk berhenti. Ada 32 points based on map yang kitorang ambil kat information centre. Dalam banyak2 tu cuma berhenti kat Mirror Lakes and The Chasm sahajo. Penat la nak naik turun kereta.





Can you see the weynnboww


Sampai Milford Sound 3 jam awal daripada waktu cruise. Pishang. 




Awal-awal semua pakat berebut naik atas sekali termasuk la aku. Beriya. Setengah jam dah tak tahan, angin dasyat bukan main. Sampai jatuh atuk sorang tu, kesian dia Jumlah topi yang terbang aku tak tau la berapa. Dah turun duduk luar still sejuk and da start pening. Masuk dalam pekena cofffe. Tak tau gile apa letak 3 or 4 peket gula aku lupa. Rasa nak mati kencing manis waktu tu.

View macam biasa lah.. lawa. Nampak la keluarga anjing laut berjemur atas batu. Kalau kau datang waktu cuaca tak baik memang kesian sebab dorang akan cancel cruise. Nak tunggu esoknya boleh tapi effect la korang punya itinerary. 



Terbayang lintah bulan. Eww..




Selesai cruise patah balik ke Queenstown and tidur di Sir Cedric Bungee Backpackers. Pilihan yang paling murah adalah dorm. Bau kepam kau jangan cakap. Kau bayangkan satu rumah, dorm ni terletak kat luar rumah tu. And kalau nak pergi toilet kena masuk dalam. Paham tak? Tak paham sudah.

6/12/2016
Dari accom terus ke Wanaka and letak barang kat Wanaka Top 10 Holiday Park. Ni nak habaq NZ memang banyak gila lake. Sana lake situ lake. So di Wanaka ada satu lake namanya lake Wanaka. K. Yang famous kat lake Wanaka ni is Wanaka Tree. Semua orang memang effort nak ambik shot paling lawa. Pokoknya biasa je pun. Dah kita jenis taknak kalah, cuba la jugak yang terbaik menggunakan camera phone yang tidak seberapa ini.  Hari ni memang takde arah tuju nak kemana, so lama juga lah duduk area lake tu, nak tunggu sunset kononnya. Dah maghrib pukul 9 memang harapan je lah.


Park berdekatan Lake Wanaka.







That Wanaka Tree.


7/12/2016
Hari seterusnya, hajat hati nak ke Franz Joseph Glazier, tapi hujan lebat tak berhenti, terpaksa lah batalkan. Teruskan perjalanan ke Hokitika and stop la kejap kat Blue Lake. Disebabkan hujan, lake nya berubah warna kepada gray. Nak alasan lebih saintifik pergi google.






Untuk malam ni tidur kat 157 Kaniere Road Accomodation. Macam balik kampung. Kat tepi ada ladang, ada ayam, kuda, babi. Bila dah masuk bilik, kat belakang penuh dengan biri biri (bersama tahinya). Bukak tingkap jenguk bawah elok cik kambing senyum pandang aku. Sorry, saya suka manusia.



Ini keadaan belakang accom kitorang. Saja nak jadi dora the explorer. Nampak jalan bercabang dua tu. Mula2 aku masuk kanan. Tapi aku rasa tak menarik. Patah balik. masuk kiri. Cantik rumah ni. Nampak ada lelaki tengah pack2 barang masuk kereta, mungkin nak checkout. Dah aku ambik gambar sana sini, tiba2 dia laung, ' Excuse me, this is private property.' Kah. Yakin je melilau2 kawasan rumah orang. Aku pun laung balik. ' Sorry!' dan blah. Nak cakap apa lagi kan.


Kelibat cicak disumpah menjadi batu ditemui.


8/12/2016
Hokitika Beach. Terkenal sebab ada benda alah kayu ini sahaja. Kalau tengok pantainya, tersangatlah biasa. Maka lepas bergambar acah hipster, terus je bergerak menuju ke Hokitika Gorge. Ada walk sikit nak sampai ke gorge tersebut. Then ke Dorothy Falls. Air terjun tu aku nampak biasa je, sekali celup kaki sejuk dia sampai cramp wo! Sumpah tak tipu. Disebabkan nak ambik gambar lawa aku main lah panjat2 batu. Dan2 selipar terlucut. Aku pun perati je selipar tu pergi, takde effort lansung nak kejar. Dah letak kaki dalam air kejap da cramp, lagi nak kejar. Takde makna aku nak mati beku sia2 macam tu. Ahah.









Dorothy Creek Walk. Takde apa yang menarik. Cuma ada bangku hipster ditenggelami air berlatar belakangkan gunung.


Then terus je drive menuju ke Christchurch. On the way terjumpa kawasan aneh ditaburi batu2 besar. Menarik. Ala2 berada pada zaman paleolitik macam tu.





Sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memang banyak pemandangan yang buat aku terkesima. #subhanallah. Kadang2 tu ambik gambar, bila tengok, memang jauh sangat la dengan apa yang aku pandang. Masa tu rasa bersyukur sangat atas nikmat penglihatan walaupun power silau nak cecah 600. (nak katanya kuat study. LOL)


Sampai Christchurch bermalam di John Motel & Holiday Park.

9/12/2016
Hari ni just jalan2 area bandar Christchurch. Tak taulah tersalah bandar ke apa, tapi kawasan ni boleh tahan lengang dan hambar sedikit. Nak cari souvenir harga boleh tahan sakit. Menyempat juga join kanak2 main kat playground. Petangnya dah kena hantar kereta, tapi flight keesokan hari. Maka berkampung la di airport. Disebabkan tak boleh baring, rela bayar $10 untuk tidur dalam lodge. Dapat la beanbag dua ketul beserta selimut..




Ni nak cerita bab makanan. Kitorang memang tak beli beras sepanjang trip. Makan roti, megi dan macaroni sahaja as makanan asas. Yang lain ada juga beli tuna and sos pasta of course. Kudap kudapan wajib la kan. Kenyang ke? Memang idok le. Ada dua kali kitorang makan nasik kat restoran sebab. Mahal la weh. Semua benda mahal kat sini compare to Sydey. Senang nak buat comparison sebab waktu aku tuka duit, 1NZD = 1AUD. So memang nampak ketara la beza harganya tu.

Overall, NZ memang best.
Serious.