Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Sunday, January 15, 2012

penhijrahan besar besaran! omnomnom..

Tanggal 14 Januari 2012,  manusia2 Kolej Mara Seremban berpindah randah secara besar-besaran dengan penuh gilang gemilang dengan muka yang dihiasi manik2 peluh yag masin dan tangan yang menampakkan urat2 tua kebiru2an bercampur hijau…  -.-


Walaupon sume orang  bertungkus lumus mengangkat barang berhijrah dari blok ke blok dan dari kolej ke kolej, namun sebuah blok yang dihuni oleh pelajar senior lelaki tahun kedua terlepas dari seksaan ini.. sedang gadis2 yang lain sibuk mengangkat barang2 yaang melimpah ruah merentasi blok mereka, mereka hanya mendiamkan diri bersembunyi seperti tikus mondok di dalam tanah gersang.. lebih sunyi daripada hari2 biasa.. tiada kedengaran sebarang bunyi2an mahupun suara2 garau dari blok tersebut.. ohh.. sangat tidak berperikemanusiaan… di manakah sifat belas kasihanmu terhadap manusia wahai pelajar KMS lelaki tahun DUA.. ohh. Mungkin mereka sedang berjuang untuk mengahadapi A2 pada akhir sem ini.. khusnuzon  -oo-


X ngapelah.. barang sendiri angkat sendiri lah kan.. fine3… penat ouh… sakit pinggang, sakit kaki, sakit jiwa… aku tamau komen ape2 pasal bangunan asrama  yang mereka2 tinggalkan.. t ade plak yang x puas hati ajak gado.. tamau aku..


Maka aku mengelap,menyapu, dan mengemop dengan seikhlas hati.. ouh, aku tidak bersendirian, ditemani rumate yang sungguh bersemangat waja dan gigih mengindahkan bilik agar rupanya seakan2 bilik yang kami tinggalkan di Balqis..


Lepas ni bakal berpindah lagi untuk kali kedua.. kalau nasib x baik, untuk kali ketiga.. sebentar tadi tuan pengarah serta rakannya tidak segan silu bersama kami mengangkat beberapa plastik hitam berisi sampah sarap ke tepi pintu masuk bangunan. Xpe tuan pengarah, jangan rase bersalah.. kami tahu sumenya bukan di bawah kuasa tuan pengarah  bukan?.. kami faham situsai tuan(bajet baik).  kami memang suke berpindah randah begini.. menguatkan otot2, sendi2, dan juga ligamen.. terutama pelajar2 ib..nguehehe…
Btw, aku diberi amanah untuk menjaga harta peninggalan sementara tuan rumah berhijrah ke Beranang..




Ye dik,,, akak siram pokok berduri tersebut 5 hari sekali setiap kali lepas solat.. hoohoo… (tpooje)



Dan buku2 ini ditinggalkan bertujuan agar imanku sentiasa berada di tahap yang tinggi walaupon berada di tempat tempat orang.. omnomnom..

Da.. tu jeh.. salam.. baibai..


No comments:

Post a Comment