Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Thursday, October 11, 2012

Follow me follow u







Sikap ikut-ikutan sangat bahaya. Sikap ini menunjukkan KEJAHILAN atau seperti KETIADAAN akal bagi seseorang

Ahah! Jahil n tiada akal. Siriesly.? Tapi orang yang suke ikut-ikut ni terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tua, muda, kaya, miskin, pandai, kurang bijak, sume ada. So acane plak blh diklasifikasikan sebagai tiada akal?

Setiap hari, orang tertentu berusaha untuk menjadi TRENDSETTER

Ha.. yang ini memang. Memang memang. Memang ramai. Howt bro jadik bahan ikutan. Dari segi fesyen, simpul sane, belah sini, dedah situ, lilitlilit, walaupon memang sumpah nampak pelik, tapi bile itu da jadi trend, tetap kata itu style. Hah, yang buat trend menari ntah hape2 lagi satu hal. I look stupid, but then its a trend. Am cool rite. -oo- cool blog lagi cool brah..

Kamu akan mengikut cara orang sebelum kamu (yahudi dan Nasrani), sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Andainya sehingga mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikutinya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Biawak? No way man. plus x muat pon hokey nak masuk lobang haiwan tersebut.

Wuuwuu.. dah sedia maklum la ade maksud tersirat kan. Ayat makan dalam punya. Hadis sahih. Memang xleh dipertikai. Orang pegi kelab, die pon nak g kelab. Kelab sains xpela jugak. Ini kelab malam togok minuman beralkohol.(woo skema). Bak mai tgk ic, owh, islam ..

Sikap meniru-niru merupakan tanda KELEMAHAN diri kerana pihak yang lemah selalu ingin meniru pihak yang lebih kuat.

Aku…xcantik. Aku..xseksi.. Aku..xhowt. xde orang pandang aku. Dia!dia! huyoo.. ramai gila friends kat fb. Follower kat blog, twitter, Friendster, myspace, ribu2.  Owh, tgk2, die pakai baju camtu la.. kat mane eh die bali baju tuh. kene beli ni. then jangan lupa upload gambo. Membe2 die pon kelas2 gitu. Wah.. hebat!. Die pegi lubang mengakrung untuk tingaktkan popularity?! Siries?! Woo kene masuk lubang mengkarung gak ah cenggini.

Kita melihat generasi muda kini MENIRU orang Barat sehingga sekecil-kecil perkara.

Sehinggalah sebesar2 perkara. Hilang arah tuju. Hanyut . Media pon sama naik, ikut suka jantung dia je nak tayang cerita entah hape2. Apa pon boleh, asal ada publisiti. Berlakon watak suami isteri, kalah pasangan suami isteri yang sah. Then rancangan yang duk carik gossip artis pon belambak. Yang carik suare sedap pon x habes2, bukan sekadar rupa katanya.. .. ..

Ayat yang disengetkan tulisan tu aku copy kat majalah solusi. Tajuk dia dibawah kategori ‘akhir zaman’ means isu ni, memang berlaku bile zaman dah sampai ke hujung2 la. Dlu2 mana ada gangam style tol tak. (tibe2)

Teirngat trend dulu2 taim sekolah menengah.(tiada kena mengena ngan penulis) Tudung lipat kasi bucu tajam punya, juga jangan dilupa singkat sampai nampak rambut sket terjuntai kat blakang. Kaler perang you. Kain pon harus disingkatkan paras buku lali, lagi singkat lagi otai. Sebagai persedian untuk banjir mungkin. Stoking pon haruslah berjenama, kain dah singkat tu kan. Malu la kot kain singkat then pakai stoking asadi, bata. Ape kelas. Ahaha

APEKEJADAHKAH ITU. NONSENSE. 

So, udah2 la nak mengikut orang. Yang baik2 xpe. Cam skang ni, makin ramai aku tgk wanita2 berpurdah. Dulu bukan main susah nak cari, skarang dah jadi trend. Ha trend ni kan bagus. Sejuk mata memandang. Ana bila lagi. Uhuhuhu.

Renungrenungkan.
Kbai.






No comments:

Post a Comment