Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Friday, December 14, 2012

si bijak bersama kuncinya






ini motor yamaha nouvo. bernombor plat terengganu.



ini bahagian bawah tempat duduk. seperti yang anda semua lihat, kita boleh mengisi sesuatu didalamnya. ya! sesuatu. contohnya seperti helmet, baju hujan, barang dapur, perabot, tikar getah, dan sebagainya.




bagi orang yang BIJAK seperti saya, ya saya, (dan beberapa rakan2 lain yang sma tahap keBIJAKannya dengan saya), saya telah meletakkan kunci motor nouvo plat terengganu tersebut didalam ruang itu. anda boleh melihat cara saya meletakkan kunci pada rajah dibawah.




kemudian saya tutup seat motor tersebut. tutup dengan betul, biar ada bunyi 'klik'. ha gituu.. 



kemudian apa? kemudian terserlahlah kebijakan tahap dewa dewi saya yang tiada tandingan.  menggunakan tenaga wanita yang tidak seberapa ini untuk menguis2 kembali kunci yang telah ditinggalkan sebentar tadi, ternyata saya gagl dan hanya meninggalkan bengkak pada lengan.

oleh itu, saya sebagai wanita biasa yang tiada kudrat, maka saya minta pertolongan dua orang jejaka sasa untuk menguis kunci yang ditinggalkan tersebut dengan mengepak-ngepakkan sayap kiri seat. (bukan kepak a.k.a wing, kepak, e seperti sebutan ekor, paham? x paham sudah)


itu sahaja ceritera saya si budak BIJAK tak terkira. 

kesimpulannya, berfikir sebelum bertindak. -.-

peace.

assalamualaikum.



2 comments: