Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Thursday, October 3, 2013

Nawaitu

Assalamualaikum

Pernah dengar tak, kalau nak buat sesuatu, mesti bermula ngan niat.

Tak kesah la niat tu baik or tak, yang penting memang confirm la terdetik niat kat hati tu.

(Boleh tengok Hadis 1, hadis berkaitan niat)

Nak contoh? Boleh2.

Ok, misalnya awak ada pakwe, or teman tapi mesra or even tunang and korang kiranya long distance relationship la kan nak dijadikan cerita.

Then awak ni punyalah setia, setia tahap dewa dewi lah. Tak keluar saja2 berjimba dengan lelaki lain, tak cakap sangat dengan lelaki lain, jaga batasan, jaga tingkah laku and niat korang buat macamtu adalah sebab nak setia ngan pakwe, ttm, or tunang awak tu and mengharapkan dia pon setia jugaklah kan.

Tapi, diakhir cerita, pasangan awak tu cari lain or bahasa yang lebih sopan, dapat cari pengganti awak.. Sambil teresak2 tekup muka guna bantal, awak duk fikir la, apalah salah awak, awak dah setia bagai nak rak, awak dah jaga batas2. Tapi itu balasan yang awak dapat. Dimanakah keadilan??!! (awak menjerit dalam hati)

Berbeza kalau awak buat semua tu sebab Allah. Benda2 tu kan memang disuruh dalam agama. Jaga ikhtilat. Niat buat sebab Dia. So kalau pasangan awak tu nak cari lain ke apa, awak takdela nak sedih sangat kan sebab awak tau apa yang awak buat selama ni betul. Kalau dia tak nampak, takpelah. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Cenggitueehhh.

Makanya, marilah kita betulkan niat.
Bukan senang. Kadang2 awal2 je niat betul, japgi kang tersimpang ke lain. Selalu sangat~~

'Sorry la contoh itu sangat lame.'

Ok bai.


Tuesday, September 3, 2013

He Never Forgets Us

assalamualaikum

Semalam aku dapat tau sesuatu yang membuatkan diri aku sedikit down.
Mulanya mahu disimpan sendiri, tapi bagitau jugak kat seorang sahabat ni.
Dia cakap la tahzan.

Malam tu aku baca quran.
Aku dapat ni


Allah pun nak pujuk aku.
.
.
.


Dia tak pernah lupa kita. Dia tau apa yang kita rasa, Dia selalu ada untuk kita

Kita je yang selalu lupa Dia.



Thursday, August 1, 2013

Winter break yaww

WINTER BREAK

How did i spent it?
Hmmm..

Let's see

lokasi pertama
Ini sehari lepas exam rasanya. 
Dalam train ke Lakemba.
Lakemba ni salah satu tempat kat OZyang penduduknya ramai orang muslim dan oleh itu, kedai makan yang halal pon banyak lah jugak. 'Makan' . Itu point penting. mihmih


Ini dia. Antara makanan famous kat Lakemba. Briyaniii.. Sesuai untuk sesiapa yang suka makanan yang tak berkuah. Ada je dia kasi kuah putih ala yogurt tanpa perisa, tapi, sangat tak kena dengan tekak aku. 


Then, berjimba nengok movie. First time pergi wayang kat OZ. We watched Despicable Me 2.
Mahal! Even harga student pon less brapa dollar je.. hmmpphh..
Tak nak dah tengok movie lepas ni. 



Then, bermulalah. Ketibaan rakan2 dari Melbourne. Ahlan Wasahlan. ;)

Memang ramai betul yang turun Sydney. Tak menang tangan. Antara sebab diorang turun reramai ni coz ada NCG( National Conference and Games) and Sydney tuan rumah. Tapi pompuan yang turun takde sorang pon terlibat. huu.. 
Ok la. Kira tahun melawat Sydney la.


Zura and Kiwi from Melbourne. Yang tengah housemate.

    
Handball tournament . 
Girls team dapat no. 2 tahu.. Hebat tak hebat. 2 daripada 3. har3. Boleh la tu erk. Bukan last


Budak ni.. erm.. Budak ni.. Boipreng kpd girlpreng guwa.. haa.. Jangan memain. Dia join rugby.


Inilah tugas kami sebagai tourguide. Guide mereka ke jalan yang benar. macam gituhh. Act aku follow je housemate aku. Dia yang lead. Aku banyak membantu dari segi emosi. 

Ini entrance Sydney Tower Eye.

The view from above. :o Magnificent






Hari berikutnya.


Random. Sementara tunggu bebudak lain. Banyak group ouh kena tunggu.
 Tour guide. Bukan kerja mudah. hehh.




Hari berikutnya mungkin..

                           
At Malaysian Hall. With ex KMS-ian. Sydney + Melbourne. 
Just part of us. Ramai lagi yang lain.

Next next day.



Ferry. Area city.




Apa lagi ye. Haa..
Ada sorang dari Melbourne request karipap. Maka untuk menghargai tetamu, aku pon buatlah.


Awkward moment. 
Asalkan korang happy dengan lawak sendiri, kira ok lah. 


Geng akaun.


Next
Burger Fuel. 
Located in the city, but i dunno where. lol
Tapi series, burger ni memang betul2 sedap. Tak tipu. Kalau beli set dapat sekali ngan fries. Pastu dia kasi sos putih. Aku tak tau sos apa, tapi sumpah sedap. 
Nak lagiiii..
With Aziati.


Next
Tetamu dari NZ pula. Welcome2.


Berbuka and taraweh kat rumah membe Uni Sydney. Sedap ouh..!


Next berjimba ngan farah and loni. Bebudak Malaysian hall from KMS.


Kitorang pergi Wildlife ngan Madamme Tussaude. 

Inilah dia nenek madamme tussaude kiterr. Nak tau lebih lanjut mengenai beliau, boleh tgk wiki.



                         
  




lalala.



Seterusnya, kakak2 senior yang baik hati bawak kitorang jalan2 kat Symbio Wildlife. 
Asyik tgk binatang je kan. Hurm.. Tak bosan ke..?  
Act, ada la jugak perasaan macam tu.
Tapi macam akak tu cakap, cuba tgk dengan mata hati,  binatang tu nampak biasa je, japgi kang die duduk, japgi kang baring, japgi kang terbang ke apa, tapi kita x tau yang sebenarnya dorang tengah bertasbih. 
And lagi satu hal, binatang ni kita taw kan dorang takde akal, tapi kekadang manusia ni lagi terok perangainya daripada binatang. kan3?.


geli2.. haha

feberet i uollss.. punyalah cantik si merak ni.. rasa nak wat balik gantung kat dinding. camtuhh

 

..saya ad telinga la..



Our group. Ada group ha.. Jangan memain.
Jalan2 ada game siket baru best kan. Kreatif gak akak2 ni. Sambil2 tengok haiwan, boleh jugak tengok quran.

Haa.. begitulah cerita saya dalam masa sebulan cuti ni. Banyak je buat benda lain, tapi disebabkan tiada gambar, maka, malas nak cerita.




::Bila dah start kelas baru nak post. 
  Semangat menulis yang kian pudar.

Ok lah.. tu je.. Bagi rakan2, bersemangatlah memulakan sem baru. Bulan 11 ni balik! Tak lama dah! Yeahh!! Minggu depan raya ada kelas! Yeahhh! :( Hambar.... 

K bai
Assalamualaikum.




















Thursday, May 16, 2013

#mengimbau#memujukhati




sekolah rendah(sk bukit kuang)

ish tak bes jadi budak kecik. Nak besar cepat2. Bes la dah besar nanti, nak buat apa2 mesti mak ayah tak marah. Nak kerja, dapat duit banayk2, boleh beli semua benda yang nak. Ni kalau mintak lebih sikit mesti tak dapat. shahdu betul.

sekolah menengah(smk chukai)

ahh.. rindunya sekolah rendah. dulu lagi bes. akulah yang main bola jaring, yang main bola tampar, yang bernasyid, yang jadi pengawas, yang masuk story telling, yang rapat dengan semua cikgu. akulaaahhh.. 

sekarang, duduk asrama.. homesick.. huaaa.. padahal asrama ada la 25 minit perjalanan dari rumah. Mak boleh datang tiap minggu. Tu pon malam2 menangis. Tgk kereta lalu lalang menangis. Muka dah masam je hari2 hidup tak tenang. senior pon menyampah kotnye tgk muka aku. lagi tambah satu hal. basuh baju sendiri, makan kena pergi ds, beratur lagi. lepastu nak rushing pergi prep, pergi surau! wohh! Tak suka...!

Sekolah menengah(mrsm kota putra)

Huwa.. kenapa aku pergi mrsm. patut aku stay je chukai. dekat pon dekat, nak balik senang. Nak beli apa2 senang, hujung minggu boleh outing ngan parents, makan2 petang kat gerai. sini? dah la kat ceruk hutan. jauh yang amat dah sempadan kelantan. bandar pon kecik gila. kalo aku jahat, nak fly memalam pon x taw nak ke mana kot. 

sirius x bes weh duk cni.. xde kawan. budak second intake pulak tu. budak lama semua dah ada geng. lepas tu pandang kitorang budak baru ni nak slek je. ish.. x suka la... pastu, dulu, aktif gila kot sukan kat chukai, skang, haram x main apa. ada la sekali masuk lari ganti 4x100m. nak wakil maktab memang harapan lah kan, konfem diorang ambik orang lama. Cikgu kat sinsi pon aku tak suka sangat. memang tak ngam. awal2 je aku semangat belajo, lama2, aku pon x taw apa function aku pergi kelas. xdak input. rindu chukai, rindu membe2 main galah panjang, siap ada group taw. Rindu nak menari zapin.Rindu nak jadi pengawas, join kem sana sini. x suka mrsm!

Sekolah menegah(mrsm pontian, form 5)

Gila lah duk sini! woh!! x suka. Peraturan ketat gila nak mati. Pagi2 wajib turun subuh. Kalau tak ada la ustaz datang ketuk rak kasut kat bawah berdentang dentung. Gila stress. Riadah wajib pulak tu, padahal bukan buat apa pon riadah. Baik masa tu guna untuk basuh baju ke, tido ke. penat tahu tak. balik kelas dah pukul berapa. 

rindu kopu. walaupun awal2 xde kawan, nak habis taun tu dah geng ngan classmates. kopu yang bes peraturan longgar gilaaa... boleh bawak fon. belajar x stress langsung, coz org len pon lepak2 je. tudung boleh pakai warna apa pon sukahati. Kat sini.. putih, hitam, cream.. bosan ngat aihh.. mencik2.

Kolej(Kolej Mara Seremban)

What am i doing here?? why?? x patut! aku patut pegi UM je. kenapa aku nak sangat wat alevel ni. stress ngat blajo ni.. nak lepas utk fly ni. malu la kot kalo x lepas, kata persediaan ke luar negara, pastu x lepas. sedih sssangat. kesian la parents aku berharap. kena pulun! pulun2! sampai otak berasap. 

Rindu betol kat pontian. Kat sana aku x banyak kawan. Tapi aku jumpa sorang sahabat. Dia baik sangat. So aku terpengaruh jadi baik. lepas prep malam aku biasa blah masuk bilik teros, tapi kawan aku ni dia akan pergi surau wat solat hajat, baca almulk. Mula2 aku x join pon, tapi lama2, aku terikut. jadilah habit sampai  spm. Kat sini aku rajin sangat pergi surau, bukan dengan rela, tapi dengan paksa. haha. Tapi, memang ada hikmah. Macam budak kecik, ayah paksa solat, bila dah besar, rasa bersalah kalau x solat walaupun ayah dah x paksa.

Uni(uni of New South Wales)

~~~~ Aku rasa aku dah salah buat pilihan. I am not supposed to be here. This is not my place. Aku nak duk Malaysia la wey. Ni bukan negara aku, bukan makanan aku, bukan pakaian aku, bukan bahasa aku.. NO!! 
Tiap minggu ada kuiz, lab, prelab, portfolios. homesick x payah cakap la. aku menagis air mata darah pon, x tergamak nak habiskan duit beli tiket flight nak balik hujung minggu. -.- Assginment semua kira untuk final mark. dulu a level mana ada camtuh! sume atas final exam. lab buat cincai2 pon peduli hapa. nak2 fizik, nak connect2 wayar ni memang aku fail lah. x pernah dapat reading kat ammeter ngan voltmeter tuh. loser x loser. Sekarang... sekarang.. sedih nak cakap.. Aku ni dah la lampi. kena slow2 baru masuk. ini pam pum pang pum pang. lecture, dengan lecture notes yang mudah x padan ngan soalan. gimana nak masuk otak nih?! Sedih.

Rindu kms! rindu suasana kms. Tenang. Kecik je kawasannya, tapi dikelilingi banyak taman2 yang cantik2. Boleh jalan2, jog, photoshoot. #eh. KMS dekat ngan terminal bas, so kalo homesick dengan pantasnya boleh balik kemaman. Dekat juga ngan stesn ktm, makanya kalo datang mood nak berjimba, dengan segera boleh beli tiket tren ke KL which is less than RM5. Kat kms ni surau dia hidup, ada ceramah, ada pengisisan, ada baca almulk, ada kelas quran. banyak lah. tak wajib pergi pon, semua atas kehendak diri. Disebabkan aku dah dapat didikan awal di pontian dulu, so rasa ringan lah sikit nak join aktiviti2 surau ni.



SO... 
setelah meneliti peringkat2 kehidupan aku, aku yakin dan percaya, lepas peringkat uni yang menggila ni, aku jamin aku akan rindu jugak suasananya satu hari nanti, time aku dah kerja, dah kawen, dah ada anak, dah ada cucu, dah duduk atas kerusi roda(insyaallah kalo panjang umo)
Takpelah aku susah sikit, takpelah jauh dari family sikit(sikit ke), xpelah nak makan kena masak sendiri, xpelah aku tergagap gagap nak speaking, xpelah markah kuiz x sehebat mereka, xpelaah.. nanti aku akan rindu juga,,.kan tirah.. sabar.. ada kebaikan juga disebalik kesusahan. Kepada yang membaca, doa2kan lah aku tenang2 je duk kat sini. moga dipermudahkan segalanya.. amiin..

mood:memujukhatisendiri








Friday, April 19, 2013

Yang Pasti



It has been too long since my last update.

Sampai dah tak tau nak tulis apa.

Hari2 macam nilah, pergi lecture, new topics everyday, test every week, portfolios, bla3.. sampai tak sempat nak catch up.

Penat.

Bosan.

Macam ni ke kehidupan sebagai pelajar uni..

No.. no no no...

Hidup hanya sekali.

Dunia itu ujian.

Mati itu pasti.


Friday, March 8, 2013

aku di sini

hai blog... lama x bukak..
x berkesempatan. wifi pon xdak lagi kat rumah.sobs3

banyak sangat ni nak diceritakan.

nak kongsi gambo pon macam banyak sangat..

lain kali lah kot.

so.. here i am.. sydney.. ;)

satu perkara yang penting untuk dibagitaw, aku akan terumbang ambing dipukul badai kalau xde senior. seriouslyyyyyy.. dorang baik sangat. tolong dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 perkara. contohnya teman kitorang bukak akaun bank, teman buat nombor fon, tunjuk tempat2 nak beli barang makan n barang rumah, bawak jalan2, masakkan utk kitorang, and lain2 lah.. banyak sangat . sumpah tak terbalas..

so hari ni nak story mory  perkara2 yang selalu jumap kat oz, jarang jumpa la kat malaysia.

-manusia jalan kaki x pakai selipar, kasut dan sebagainya. dorang ni bukan golongan gelandangan, or orang x betol,, dorang adalah manusia biasa, pakaian semua normal, tapi jalan x pakai kasut.. apekepelik tu.

-budak da besar gajah still naik sroller. kite kecik2 mak dah heret kan suruh jalan. ni da besar gabak pon x reti nak jalan sendiri. sampai tertunduk2 dalam stroller tu punye la malas nak jalan kan. mengade2 betol.

-ramai warga emas. ramai betolll..  jangka hayat penduduk kat sini lagi panjang berbanding ngan malaysia. ada orang cakap la.  sapa rajin boleh la google. kagum betol ngan dorang, beli barang rumah sendiri, naik bas sendiri. aku rasa nanti umo2 aku macam tu duduk rumah jela kot. paling jauh aku pergi pon mungkin atas bangku bawah pokok kelapa depan rumah. tu pon rasa dah hebat gila..

-burung bunyik macam manusia. scary kan. aku first time dengar ingat budak mana la menjerit. dah bunyi banyak kali baru taw bunyi burung. kadang2 bunyi dia agak menyeramkan gak. tapi lama2 da biasa la ngan bunyi aneh begitu.~

-halia mahal. kitorang pernah beli halia hanya sebesar dua ruas jari kelingking gitu. nak jimat punya pasal. shahdu kan. tu la kat malaysia xnak makan halia banyak2..

mungkin ada banyak lagi. tapi stakat ni tu jelah kot.

btw, btw, btw,
orang2 kat sini cakap laju sangat la.. susah nak faham. dengan slank lagi.. tolonglah. aku dah jadi macam orang bisu.

oh my english.

dulu bahasa melayu  lingua franca kan. sume orang blajo bhasa melayu kan. apesal english boleh up tetibe ni. cuba bgtaw siket.

#stress

doakan aku boleh adapt secepat mungkin.

kbye
assalamualaikum



Wednesday, February 13, 2013

KL - AUSTRALIA

assalamualaikum

MALAYSIA AIRLINES

KL-AUSTRALIA

15/2/2013 hari jumaat jam 9 pagi. 

tiket flight pertama aku.. ya.. pertama..

perasaan sekarang, bercampur baur, teruja ada, takut ada sedih wajib ada.

teruja, sebabnya, first time aku nak jejak kaki ke negara orang. new surroundings, new climates, new people. teruja nak cari pengalaman baru.  x sabar2 nak masuk degree, orang lain dah nak masuk sem 4 weyh. sungguh menyayat hati. -.-

tapi, aku rasa takut gak , takut tak boleh nak adapt dengan tempat baru. takut sebab english aku tak power. takut dengan pengaruh2 luar. takut dengan manusia2 kejam. tapi aku tau aku ni taklah penakut sangat, kalau tak aku belajar je kat negara tercinta nih. insyaalah semuanya baik2 aja. insyaallah..

perasaan yang paling aku tak suka, sedih, sebab aku akan tinggalkan orang2 yang aku sayang, mak, ayah, adik beradik, kawan2.. sedih sebab terlalu banyak kenangan. sedih sebab kalau aku rindu, tak boleh sewenang wenangnya beli tiket bas kat terminal one. aku harap aku tabah.. :(

ni ada lah sedikit gambar kenangan bersama kawan2 yang sempat aku jumpa sebelum aku meninggalkan negara tercinta. disusun mengikut kronologi~~




hanis. 
at kuantan. 
salah seorang kawan paling lama aku contact lepas kem kepimpinan kat pulau banding. 
sengal2 macam aku jugak.. huhu
selamat berjaya dalam misi memburu kerja bro. ;)


mohamad fazree otheman
sekitar pengkalan maritim
the v.i.p
dah biasa berjauhan. tapi kali ni bertambah tambah jaraknya.
awak jaga diri, jaga hati.
ada masa, ada jodoh, kita jumpa lagi. 
:)):

                                      

kaklong with her.. erm...teman sejatinya sehidup semati mungkin.. 
at home sweet home
mohon kalian melangsungkan perkahwinan ketika aku ada kat rumah ye.




fazree and fad
sekitar kemaman
take care both of you. jumpa kat klia lusa. ;)



fatin fadwana
at kuala terengganu.


she is my girlfriend.
kenal time form 5, 
x sangka boleh rapat.
betol katamu fadu, aku dan kau sangat berbeda.
kau begitu sopan santun tapi aku....hew3
lepas spm memang jarang jumpa. 
bakal jadi guru pendidikan khas. sungguh tinggi tahap kesabaran beliau. aku kagum.
best of luck sayunk. maintain dekan . *wink2*
tolong jangan lupa aku.


shazlin nordin
at pantai teluk mak nik
kenal dari sekolah rendah. she is very kind. 
nanti kalau jumpa lagi, harap dah berani drive sampai ke bukit kuang okeyh. jambatan pun dah siap rasanya masa tu. ;))



belakang kiri : shidah, zura, reyda, momok
depan kiri: miza, yana, syalin
at rumah manis rumah
#majlisdoaselamat


ni semua kawan dari sekolah rendah.. 
sedih nisa xde. sobs.
#majlisdoaselamat


biasalah. majoriti yang second lagi besar dpd first. kan3?
#majlisdoaselamat


#majlisdoaselamat



yana, reyda, miza
at pantai teluk mak nik..lagi..


alololo... cedeyh la camniyy.. hew3


tudung gegot kat pantai itu normal..


belakang kiri: aisyah,syalin,zura,ain
depan kiri: momok,zati,amalina
at rumah zura.
majlis doa selamat
semua kawan dari sekolah menengah kecuali syalin n ain.
x sangka dapat jumpa. ;)


membe last jumpa,
poh n husna. x ambik gambo pun haritu.. sobs2


kalau boleh nak jumpa semua kawan2, tapi apakan daya..

thanks semua.
thanks mom, thanks dad
thanks to all my teachers
thanks to all my friends.
nanti jumap lagi. 4 tahun kejap aje... kot..
hujung tahun kalau banyak duit aku balik. hee..
tolong doakan aku selamat n sukses okeyh. thanks ;)

mintak maaf salah silap, terkasar bicara, terguris hati, 
sesungguhnya manusia itu tak lari dari kesilapan.
im so so sory. 
mintak halalkan semua.

I LOVE ALL OF YOU =)


~siblings~

mak n ayah



~malam terakhir di kemaman, terengganu.

~malaysia tetap di hati (=