Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Friday, March 8, 2013

aku di sini

hai blog... lama x bukak..
x berkesempatan. wifi pon xdak lagi kat rumah.sobs3

banyak sangat ni nak diceritakan.

nak kongsi gambo pon macam banyak sangat..

lain kali lah kot.

so.. here i am.. sydney.. ;)

satu perkara yang penting untuk dibagitaw, aku akan terumbang ambing dipukul badai kalau xde senior. seriouslyyyyyy.. dorang baik sangat. tolong dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 perkara. contohnya teman kitorang bukak akaun bank, teman buat nombor fon, tunjuk tempat2 nak beli barang makan n barang rumah, bawak jalan2, masakkan utk kitorang, and lain2 lah.. banyak sangat . sumpah tak terbalas..

so hari ni nak story mory  perkara2 yang selalu jumap kat oz, jarang jumpa la kat malaysia.

-manusia jalan kaki x pakai selipar, kasut dan sebagainya. dorang ni bukan golongan gelandangan, or orang x betol,, dorang adalah manusia biasa, pakaian semua normal, tapi jalan x pakai kasut.. apekepelik tu.

-budak da besar gajah still naik sroller. kite kecik2 mak dah heret kan suruh jalan. ni da besar gabak pon x reti nak jalan sendiri. sampai tertunduk2 dalam stroller tu punye la malas nak jalan kan. mengade2 betol.

-ramai warga emas. ramai betolll..  jangka hayat penduduk kat sini lagi panjang berbanding ngan malaysia. ada orang cakap la.  sapa rajin boleh la google. kagum betol ngan dorang, beli barang rumah sendiri, naik bas sendiri. aku rasa nanti umo2 aku macam tu duduk rumah jela kot. paling jauh aku pergi pon mungkin atas bangku bawah pokok kelapa depan rumah. tu pon rasa dah hebat gila..

-burung bunyik macam manusia. scary kan. aku first time dengar ingat budak mana la menjerit. dah bunyi banyak kali baru taw bunyi burung. kadang2 bunyi dia agak menyeramkan gak. tapi lama2 da biasa la ngan bunyi aneh begitu.~

-halia mahal. kitorang pernah beli halia hanya sebesar dua ruas jari kelingking gitu. nak jimat punya pasal. shahdu kan. tu la kat malaysia xnak makan halia banyak2..

mungkin ada banyak lagi. tapi stakat ni tu jelah kot.

btw, btw, btw,
orang2 kat sini cakap laju sangat la.. susah nak faham. dengan slank lagi.. tolonglah. aku dah jadi macam orang bisu.

oh my english.

dulu bahasa melayu  lingua franca kan. sume orang blajo bhasa melayu kan. apesal english boleh up tetibe ni. cuba bgtaw siket.

#stress

doakan aku boleh adapt secepat mungkin.

kbye
assalamualaikum



No comments:

Post a Comment