Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Thursday, May 16, 2013

#mengimbau#memujukhati




sekolah rendah(sk bukit kuang)

ish tak bes jadi budak kecik. Nak besar cepat2. Bes la dah besar nanti, nak buat apa2 mesti mak ayah tak marah. Nak kerja, dapat duit banayk2, boleh beli semua benda yang nak. Ni kalau mintak lebih sikit mesti tak dapat. shahdu betul.

sekolah menengah(smk chukai)

ahh.. rindunya sekolah rendah. dulu lagi bes. akulah yang main bola jaring, yang main bola tampar, yang bernasyid, yang jadi pengawas, yang masuk story telling, yang rapat dengan semua cikgu. akulaaahhh.. 

sekarang, duduk asrama.. homesick.. huaaa.. padahal asrama ada la 25 minit perjalanan dari rumah. Mak boleh datang tiap minggu. Tu pon malam2 menangis. Tgk kereta lalu lalang menangis. Muka dah masam je hari2 hidup tak tenang. senior pon menyampah kotnye tgk muka aku. lagi tambah satu hal. basuh baju sendiri, makan kena pergi ds, beratur lagi. lepastu nak rushing pergi prep, pergi surau! wohh! Tak suka...!

Sekolah menengah(mrsm kota putra)

Huwa.. kenapa aku pergi mrsm. patut aku stay je chukai. dekat pon dekat, nak balik senang. Nak beli apa2 senang, hujung minggu boleh outing ngan parents, makan2 petang kat gerai. sini? dah la kat ceruk hutan. jauh yang amat dah sempadan kelantan. bandar pon kecik gila. kalo aku jahat, nak fly memalam pon x taw nak ke mana kot. 

sirius x bes weh duk cni.. xde kawan. budak second intake pulak tu. budak lama semua dah ada geng. lepas tu pandang kitorang budak baru ni nak slek je. ish.. x suka la... pastu, dulu, aktif gila kot sukan kat chukai, skang, haram x main apa. ada la sekali masuk lari ganti 4x100m. nak wakil maktab memang harapan lah kan, konfem diorang ambik orang lama. Cikgu kat sinsi pon aku tak suka sangat. memang tak ngam. awal2 je aku semangat belajo, lama2, aku pon x taw apa function aku pergi kelas. xdak input. rindu chukai, rindu membe2 main galah panjang, siap ada group taw. Rindu nak menari zapin.Rindu nak jadi pengawas, join kem sana sini. x suka mrsm!

Sekolah menegah(mrsm pontian, form 5)

Gila lah duk sini! woh!! x suka. Peraturan ketat gila nak mati. Pagi2 wajib turun subuh. Kalau tak ada la ustaz datang ketuk rak kasut kat bawah berdentang dentung. Gila stress. Riadah wajib pulak tu, padahal bukan buat apa pon riadah. Baik masa tu guna untuk basuh baju ke, tido ke. penat tahu tak. balik kelas dah pukul berapa. 

rindu kopu. walaupun awal2 xde kawan, nak habis taun tu dah geng ngan classmates. kopu yang bes peraturan longgar gilaaa... boleh bawak fon. belajar x stress langsung, coz org len pon lepak2 je. tudung boleh pakai warna apa pon sukahati. Kat sini.. putih, hitam, cream.. bosan ngat aihh.. mencik2.

Kolej(Kolej Mara Seremban)

What am i doing here?? why?? x patut! aku patut pegi UM je. kenapa aku nak sangat wat alevel ni. stress ngat blajo ni.. nak lepas utk fly ni. malu la kot kalo x lepas, kata persediaan ke luar negara, pastu x lepas. sedih sssangat. kesian la parents aku berharap. kena pulun! pulun2! sampai otak berasap. 

Rindu betol kat pontian. Kat sana aku x banyak kawan. Tapi aku jumpa sorang sahabat. Dia baik sangat. So aku terpengaruh jadi baik. lepas prep malam aku biasa blah masuk bilik teros, tapi kawan aku ni dia akan pergi surau wat solat hajat, baca almulk. Mula2 aku x join pon, tapi lama2, aku terikut. jadilah habit sampai  spm. Kat sini aku rajin sangat pergi surau, bukan dengan rela, tapi dengan paksa. haha. Tapi, memang ada hikmah. Macam budak kecik, ayah paksa solat, bila dah besar, rasa bersalah kalau x solat walaupun ayah dah x paksa.

Uni(uni of New South Wales)

~~~~ Aku rasa aku dah salah buat pilihan. I am not supposed to be here. This is not my place. Aku nak duk Malaysia la wey. Ni bukan negara aku, bukan makanan aku, bukan pakaian aku, bukan bahasa aku.. NO!! 
Tiap minggu ada kuiz, lab, prelab, portfolios. homesick x payah cakap la. aku menagis air mata darah pon, x tergamak nak habiskan duit beli tiket flight nak balik hujung minggu. -.- Assginment semua kira untuk final mark. dulu a level mana ada camtuh! sume atas final exam. lab buat cincai2 pon peduli hapa. nak2 fizik, nak connect2 wayar ni memang aku fail lah. x pernah dapat reading kat ammeter ngan voltmeter tuh. loser x loser. Sekarang... sekarang.. sedih nak cakap.. Aku ni dah la lampi. kena slow2 baru masuk. ini pam pum pang pum pang. lecture, dengan lecture notes yang mudah x padan ngan soalan. gimana nak masuk otak nih?! Sedih.

Rindu kms! rindu suasana kms. Tenang. Kecik je kawasannya, tapi dikelilingi banyak taman2 yang cantik2. Boleh jalan2, jog, photoshoot. #eh. KMS dekat ngan terminal bas, so kalo homesick dengan pantasnya boleh balik kemaman. Dekat juga ngan stesn ktm, makanya kalo datang mood nak berjimba, dengan segera boleh beli tiket tren ke KL which is less than RM5. Kat kms ni surau dia hidup, ada ceramah, ada pengisisan, ada baca almulk, ada kelas quran. banyak lah. tak wajib pergi pon, semua atas kehendak diri. Disebabkan aku dah dapat didikan awal di pontian dulu, so rasa ringan lah sikit nak join aktiviti2 surau ni.



SO... 
setelah meneliti peringkat2 kehidupan aku, aku yakin dan percaya, lepas peringkat uni yang menggila ni, aku jamin aku akan rindu jugak suasananya satu hari nanti, time aku dah kerja, dah kawen, dah ada anak, dah ada cucu, dah duduk atas kerusi roda(insyaallah kalo panjang umo)
Takpelah aku susah sikit, takpelah jauh dari family sikit(sikit ke), xpelah nak makan kena masak sendiri, xpelah aku tergagap gagap nak speaking, xpelah markah kuiz x sehebat mereka, xpelaah.. nanti aku akan rindu juga,,.kan tirah.. sabar.. ada kebaikan juga disebalik kesusahan. Kepada yang membaca, doa2kan lah aku tenang2 je duk kat sini. moga dipermudahkan segalanya.. amiin..

mood:memujukhatisendiri








4 comments:

  1. there is something dat Allah wanna give to u. that's why u r there.
    believe me.. insyaaAllah everything will b fine.

    doakan mu berjaya dan dalam rahmat n kasih sayang Allah selalu.

    sahabatsampaisyurga
    murni :)

    ReplyDelete
  2. Yeah.. I hope there will be a lot of things.. Hee
    Thanks cuya.. Amiinnn..
    Aku doa mu bjaya gk dunia akhirat..

    Memuaaahhh

    ReplyDelete