Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Thursday, October 3, 2013

Nawaitu

Assalamualaikum

Pernah dengar tak, kalau nak buat sesuatu, mesti bermula ngan niat.

Tak kesah la niat tu baik or tak, yang penting memang confirm la terdetik niat kat hati tu.

(Boleh tengok Hadis 1, hadis berkaitan niat)

Nak contoh? Boleh2.

Ok, misalnya awak ada pakwe, or teman tapi mesra or even tunang and korang kiranya long distance relationship la kan nak dijadikan cerita.

Then awak ni punyalah setia, setia tahap dewa dewi lah. Tak keluar saja2 berjimba dengan lelaki lain, tak cakap sangat dengan lelaki lain, jaga batasan, jaga tingkah laku and niat korang buat macamtu adalah sebab nak setia ngan pakwe, ttm, or tunang awak tu and mengharapkan dia pon setia jugaklah kan.

Tapi, diakhir cerita, pasangan awak tu cari lain or bahasa yang lebih sopan, dapat cari pengganti awak.. Sambil teresak2 tekup muka guna bantal, awak duk fikir la, apalah salah awak, awak dah setia bagai nak rak, awak dah jaga batas2. Tapi itu balasan yang awak dapat. Dimanakah keadilan??!! (awak menjerit dalam hati)

Berbeza kalau awak buat semua tu sebab Allah. Benda2 tu kan memang disuruh dalam agama. Jaga ikhtilat. Niat buat sebab Dia. So kalau pasangan awak tu nak cari lain ke apa, awak takdela nak sedih sangat kan sebab awak tau apa yang awak buat selama ni betul. Kalau dia tak nampak, takpelah. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Cenggitueehhh.

Makanya, marilah kita betulkan niat.
Bukan senang. Kadang2 awal2 je niat betul, japgi kang tersimpang ke lain. Selalu sangat~~

'Sorry la contoh itu sangat lame.'

Ok bai.