Blogger Layouts

Instagram : tirazairee

Sunday, March 2, 2014

Goldcoast Australia




Assalamualaikum.

Hari ni hari Ahad. Bermakna esok dah start kelas after 3 bulan cuti summer.
Aku balik ke Sydney awal disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
Then dengan tak semena2 ada kawan ajak pergi Goldcoast.
Fikir punya fikir, lepas dah dipertimbangkan pelbagai aspek, aku pon decide nak join.
Aku join sebab first, yang pergi semua membe2 ex Kolej Mara Seremban. Dua dari Sydney and lagi enam dari Melbourne. Sebab lain, aku rasa ni je kot peluang aku nak pergi. Lain kali macam dah takde geng. Plus, rumah baru semua dah settle, so tak jadi masalah kalau nak pergi.

Kitorang pergi 5 hari 4 malam.
Menginap kat apartment The Tower of Chevron Renaissance.
Ada 3 bilik, semua queen bed.
2 toilet siap bathtub.
Dapur semua lengkap, periuk kuali pinggan mangkuk cawan sudu tupperware dishwasher fridge microwave oven.
Living room sangat luas, ada tv, sofa and meja makan.
And balconi yang sangat bes, boleh nampak beach.
Perfect.



Hari pertama tak pergi mana sangat. Just jalan2 area Surfers Paradise. Pantainya biasa2 saja, tak secantik pantai2 kat Sydney. Hee..


Our first luch at Goldcoast

Surfers Paradise Beach

The night view from our balcony

The next day kitorang ke Wet n' Wild.
Taman tema air. Tak banyak gambar coz barang2, phone semua simpan dalam locker. Yelah nak mandi manda kan. Serious best gila. Berkali ganda lagi best daripada A'famosa Waterpark. Pergi time weekend, so lama jugak la beratur. Yang penting cuba semua yang ada. Gelongsor berpelampung, tak berpelampung, sorang2, in group. Semualah.



Beautiful day. Alhamdulillah.


Day 3.
Sea World.
I thought macam Aquaria or Sea World Sydney. Tapi sebenarnya berbeza habis  
Show gempak2 macam jetski performance, dolphin show, dora's show (tak tengok pon takpe) and macam2 lagi la. Aku paling suka tengok dolphin. Macam mana lah dorang train dolphin2 tu melompat segala. Migrain aku memikirkannya.



Bikini Bottom





Yang bestnya Sea World ni ada rides. Jet Rescue paling best. Bukan jetski betul pon. Ride ala2 roller coaster tapi tak tinggi. Laju kemain. Best!!



Happy kids. ;)


Malamnya try swimming pool kat apartment.
Indoor je la. Outdoor tak mampu. Sejuk.



Day 4.
Best of the Best.
Movie World!






Tengok roller coaster kat belakang tu. Time aku naik ni kepala dah masuk angin sebab lambat lunch. So tak menjerit pon. Hambar siket la. Tapi still best. 
Kawan aku cerita, waktu kawan dia naik benda ni, masa Superman cakap 'fast!', dia tergigit lidah sampai berdarah sebab laju sangat. Haha. Aku terbayang weh. Lawak gilak.



Scooby Doo Spooky Coaster best gila. Tak reti nak describe macam mana. Hmm

Teringat pulak satu kisah. Time tu kitorang masuk kids zone. Bebudak ni gaduh nak naik kuda pusing. Aku mention kuda sebab nak suruh bayang mainannya macam mana.Tapi yang berpusing tu sebenarnya bukanlah kuda tapi patung2 comel. 
 Aku tak suka naik benda tu, sebab macam lagi pening dari naik roller coaster. 'Yeke?' Maka aku offerkan diri untuk jadi photographer. Bila dorang dah beratur, tetiba orang yang jaga tu tak kasi naik. Under 14 je. 
Hahahahaa..

Chill. Takde orang Melayu lain kat situ. Takde sapa nak menganjing. Lol.



Jealousnya.. Nak bergambar dengan batman jugekk.. Dah la menonjolkan diri dua kali je sehari. Ish.


                                  

Batman
Sekejap sangat. Tak mencabar uollzz. (bajet je =p)


Overall, best!. Totally worth it. I loike. =D
So untuk siapa2 yang nak pergi, aku sarankan jangan pergi time weekend, or time budak2 sini tengah cuti sekolah. Nanti korang akan habiskan masa untuk beratur je. Stress la kan kalau macam tu. Pergi macam masa kitorang pergi ni just nice la. Kawan aku dapat naik Superman sampai tiga kali. Gila.


Day 5.
Last day.
Pagi tu cuci mata tepi pantai for the last time. 


Shirt bought from Movie World. Three for $45. Boleh tahan.


Some of the sand sculptures along Surfers Paradise Beach.



Tira, Kiwi, Husna, Dian, Ati, Jaja, Dayah, Azzah
Eight of us. 
You guys are awesome!

Thanks korang.
Best trip evvahhh!
Penginapan, pengangkutan, makanan. Semua terbaik.
Insiden2 kecil tu normal lah kan. 
Sedangkan lidah lagi tergigit, macam budak yang aku cerita tadi tu. haha. terbayang lagi.
Moga dapat join lagi trip bes macam ni di lain tempat. UK mungkin? 



Bye Goldcoast! 
=)